Followers

Monday, February 28, 2011

Susahnya nak dapatkan keadilan....??



KUALA LUMPUR, Feb 28 — The family of Teoh Beng Hock has shown “clear disrespect” to the Yang di-Pertuan Agong by boycotting the Royal Commission of Inquiry (RCI) into the political aide’s death, a former Court of Appeal judge said today.
Datuk Shaik Daud Ismail, who retired from the judiciary in 2001, said all parties involved should give the RCI due recognition and respect because it was set up on the command of the king. 

Hello Datuk Shaik, jangan nak mengata keluarga malang ini jer. Eleh.... tak respek Agong, konon?? Awak tu bekas hakim.... bersikap adil ler sikit. Jangan nak berat sebelah sangat. Bikin malu profession jer.

Ater... apabila puak-puak lahanat dalam kes Correct... Correct.... Correct.... si Lingam dan lima lagi jahanam tu.... tidak respek hasil dapatan dan saranan RC tu, apa hal?? Itu bukan lagi tak respek tetapi dah bersifat derhaka. Aaaa... tak per pulak!! Tak dengar komen apa-apapun....

Bila kena ke puak-puak sebulu dengan komer....membisu seribu bahasa, tetapi apabila kena ke hamba Allah, yang nobody tu.... sibuk bersuara. Dey...pigiraaahhh!!

Kes 'Mata Lebam Anwar' tak payah sebut. Itu merupakan satu episod cover-up yang begitu transparent. Semua orang dah tahu siapa dalang di sebalik mata lebam Anwar. Ia sudah menjadi buah mulut 'satu kampung'.... 
Sebab itu, cover-up yang cuba dilakukan, tak menjadi.

Penubuhan RC pun dibuat setelah didesak, sebab penyiasatan menghadapi keputusan gila babi. Menyiasat bagai nak rak... last-last apa pun tarak. Rakyat nak misteri ini dibongkar... Mereka nak bagaimana Teoh mati?? Tak bunuh diri tetapi tak dibunuh... Woit.... apa gilanya ni?? Siapa sebenarnya yang nak dilindungi??
Penolakan peguam dan keluarga Teoh terhadap Tan Sri James Foong Cheng Yuen menunjukkan yang mereka sudah hilang kepercayaan pada individu-individu yang terdapat dalam sistem kehakiman, yang dok ada sekarang. Persepsi rakyat.... they're so biased!! Mereka dilihat lebih condong untuk menjaga kepentingan kerajaan daripada menegakkan keadilan yang hakiki.


Mentang-mentanglah sekarang mereka diletakkan di bawah kuasa eksekutif, maka... tindak tanduk mereka dilihat seolah-olah mengikut telunjuk atau kemahuan boss atau tuan mereka. Itu....persepsi rakyat. Jadi, jangan nak salahkan pihak yang membela Teoh Beng Hock. Mereka ingin keadilan yang telus buat Beng Hock. Yang mati teraniaya secara misteri ialah anak mereka... Susah sangat ke nak bagi keadilan pada mereka??

Entah ler.... Tak tahu ler apa nak jadi pada Malaysia. 

Tonggang terbalik... haywire semuanya!! Sebab itu, kita rakyat Malaysia, mesti lakukan sesuatu untuk memperbetul keadaan ini.

Ya....Ubah. Selamatkan Malaysia!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.