Followers

Monday, November 28, 2011

Menarik, gambar terkini rumah Tuan Guru Hj Hadi Awang !

 

RASANYA kali terakhir ReJaM© menjejakkan kaki ke daerah Rusila, Marang, Terengganu kira-kira 20 tahun lalu. Masa tu ReJaM© masih kecil lagi dan belum pun bersekolah bersama keluarga mengikuti satu rombongan.

Baru-baru ini, sekali lagi ReJaM© ke Terengganu bersama aktivis Jingga 13 untuk membuat laporan rasmi kepada SPRM Kuala Terengganu berhubung penyelewengan Lebuhraya Pantai Timur.

Orang kata "sambil menyelam, kita minum air", ReJaM© sempat ke daerah Rusila untuk melawat rumah tempat tinggal Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi Awang.

Menurut penduduk tempatan, TG Hadi lebih mesra dengan panggilan "Ayah Chik" di kalangan penduduk setempat. Salah seorang penduduk telah membawa ReJaM© untuk melawat rumah beliau.


Rumah beliau terletak betul-betul sebelah Masjid Rusila berhampiran jalan besar. Lihat gambar di bawah, rumah beliau yang berwarna merah jambu (pink). Di sebalik rumahnya, itulah masjid Rusila (lihat kubah).

Penduduk tempatan memaklumkan, Tuan Guru Hadi selalu dilihat ulang alik ke masjid tersebut. Difahamkan beliau juga akan mengimamkan solat di masjid setiap kali masuk waktu solat.

Bagi sahabat pembaca yang ingin bertemu dengan beliau memang mudah, pergi saja ke masjid pada waktu solat, sekiranya beliau sihat dan tidak "outstation" insya Allah dapat bertemu beliau.


Di depan rumah Tuan Guru Hadi, yang juga bekas Menteri Besar Terengganu ini ada sebuah warung menjual makanan. Namun tak dapat dipastikan siapa pemilik warung tersebut. Barangkali milik keluarga Tuan Guru Hadi.

Sewaktu ReJaM© lalu di situ, kelihatan beberapa orang penduduk tempatan yang dipercayai baru pulang dari masjid singgah sebentar untuk menjamu selera atau barangkali menikmati secawan kopi.

Difahamkan lagi, rumah ini merupakan rumah pusaka peninggalan arwah bapanya.

ReJaM© "Pemimpin begini faham kesusahan rakyat bawahan..."

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/11/menarik-gambar-terkini-rumah-tuan-guru.html#ixzz1exQD00xX


Milo Suam

1 comment:

  1. sikap pemimpin yg memberi keyakinan kepada anak muda meneruskan perjuangan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.