Followers

Tuesday, January 31, 2012

Tuduh Muhyiddin penipu: Raja Nong Chik vs Shahrizat - Written by Mathias Gomes, Wong Choon Mei , Malaysia Chronicle

 

Muhyiddin Yassin menyeru BN Lembah Pantai untuk berkerja sekeras-kerasnya demi memenangi kerusi Parlimen itu. Bagi Raja Nong Chik, ketua bahagian yang bercita-cita tinggi, mengenepikan Shahrizat Jalil, bekas calon kawasan itu seraya memenuhi hasrat DPM merupakan tugas yang amat besar.

Tiada apa yang lebih menakutkan daripada dendam seorang wanita. Jika benar, Shahrizat yang ala-ala Permaisuri Bollywood itu akan menjadikan Raja Nong Chik sebagai sasarannya.

Terdapat spekulasi bahawa Shahrizat akan menyokong Nurul Izzah semata-mata untuk membalas dendam terhadap Raja Nong Chik kerana merampas kerusi dan memusnahkan kerjaya politik beliau. Jika ini benar, pasti Shahrizat akan melakukannya secara diam-diam namun tetap mendapat kepuasan yang mendalam.

Perjanjian dan rancangan jahat?

Berita rampasan Raja Nong Chik ini bukanlah sesuatu yang baru untuk beliau atau sesiapa dalam lingkaran politik beliau. Shahrizat sudah mula menghidu perkara ini apabila Raja Nong Chik tiba-tiba menampilkan dirinya di Lembah Pantai dan berani berjinak-jinak dengan kawasan itu sejak 2 tahun yang lalu. Orang-orang Shahrizat mengatakan bahawa beliau sememangnya tidak puas hati dengan kehadiran Nong Chik di Lembah Pantai.

Mungkin beliau sudah kalah kepada Nurul Izzah tetapi tidak bermaksud beliau tidak boleh mendapatkannya semula pada PRU 13- ini yang dicanangkannya kepada wartawan. Malangnya tidak ramai yang sudi mendengar kata-kata itu.

Bagi Nong Chik pula atau yang lebih suka dipanggil RNC, beliau mempamerkan imej berani dan segak. Dalam fikiran beliau, mengambil balik Lembah Pantai ibarat merampas gula-gula daripada anak kecil. 

Rakan-rakan beliau dalam parti mengatakan bahawa Nong Chik menjanjikan pemimpin atasan UMNO bahawa beliau akan memastikan Lembah Pantai akan jatuh di tangannya dengan mudah dan kemas. Beliau memang sangat pasti mengenai perkara ini. Kini, sudah ada poster-poster yang gambar beliau dan PM Najib Razak disekitar Bangsar. Rakan-rakan terdekat beliau juga terkejut dengan betapa agressifnya pendekatan politik Nong Chik.

Ini telah menambah kemarahan Shahrizat dan kongcu-kongcunya. Sudahlah beliau mempunyai jawatan tinggi sebagai Ketua Wanita UMNO. Pasti penyokong Shahrizat akan melakukan tindak balas yang tidak kurang hebat yang akan dikenang sampai bila-bila oleh Shahrizat dan keluarganya yang sedang dalam masalah itu. 

Ada di antara penyokong Shahrizat berkata bahawa beliau akan memberi pengajaran kepada RNC tidak lama lagi kerana buat masa sekarang Shahrizat sedang berhadapan dengan krisis RM 250 juta NFC. Skandal NFC sememangnya menjejaskan Shahrizat dan beliau terpaksa fokus terhadap perkara itu dahulu. Tetapi, tidak lama lagi, selepas perkara itu selesai, Shahrizat pasti akan menjalankan misinya membalas dendam terhadap RNC.

Menggosok garam ke luka

Rasional disebalik spekulasi itu adalah Shahrizat tidak kisah jika Nurul Izzah berjaya mempertahankan kerusi itu kerana beliau sudah dapat menerima kekalahan dahulu. Tetapi, jika beliau membenarkan seseorang yang cuba menjatuhkan beliau dan keluarga beliau sejak awal-awal lagi, itu adalah tamparan hebat untuk beliau dan penghinaan yang tidak mungkin dapat diterima.

Pengkritik beliau mengatakan bahawa beliau sanggup melupakan botox dan ‘liposuction’ sekiranya itulah yang diperlukan untuk membalas dendam terhadap RNC yang merosakkan kerjaya politik beliau, menjadikan suami beliau diselubungi tuduhan rasuah dan anak-anak beliau yang sedang dalam ketakutan. Tiada langsung belas kasihan terhadap Ketua Wanita UMNO itu semenjak kes NFC dan ramai dalam sayap wamita yang mengatakan bahawa sememangnya RNC yang patut dipersalahkan.

Jadi nampaknya, Raja Nong Chik telah melangkah mayat Shahrizat untuk berdepan dengan Nurul Izzah. Ini memang menarik untuk kita lihat bagaimana beliau akan berjaya mengatasi kedua-dua wanita ini. Besar kemungkinan, ia akan menjadi sesuatu yang sangat sengit. Jika RNC rasa bahawa beliau boleh mengenepikan Nurul Izzah dan merampas semula Lembah Pantai, ini adalah ibarat beliau boleh berlari lebih laju daripada Hussien Bolt dalam acara lumba lari 100 meter.

Walau dengan menipu sekali pun, beliau memerlukan undian yang amat banyak. Nurul telah menang dengan majoriti 2895 pada 2008, namun hari ini, keadaan sudah berbeza. Majoriti 2895 itu akan berganda-ganda lagi. Nurul sangat popular di Lembah Pantai dan dikalangan semua kaum. RNC akan memerlukan lebih 10 000 tambaham undi jika beliau ingin menang. Jadi, lebih baik beliau mula memancing undi dari sekarang.

Rakyat Malaysia harus membantu tumbangkan BN

Pada 2008, ketika kita sudah menyampah dengan MIC dan Samy Vellu, sebenarnya, ada bala tentera kecil yang berusaha menumbangkan beliau. Samy tidak menyedarinya langsung kerana beliau sememangnya popular dikalangan orang Cina dan India di Sungei Siput.

Walaupun orang Melayu sering mempermainkan slanga India-Melayu beliau, mereka tetap menyukai Samy. Bala tentera kecil seperti kami, rakan-rakan dan keluargalah yang berkempen di Sungei Siput menggunakan sumber kami sendiri. Pergi ke rumah-rumah, dewan masyarakat, kedai kopi, pasar dan tempat-tempat yang ada pendengar biarpun kecil. Walaupun kiranya ada seorang sahaja yang mendengar, kami akan mendekati orang itu dan merayu agar dia tidak mengundi Samy Vellu demi menyelamatkan komuniti orang India di Malaysia.

Kebanyakkan mereka ini akan mendengar kata-kata kami walaupun mereka sebenarnya tidak sedar bahawa orang India dipinggirkan disebabkan oleh rasuah dalam MIC dan BN. Sehingga ke saat-saat akhir pun kami tidak pasti jika kami berjaya mengalahkan beliau tetapi keputusan menunjukkan bahawa strategi kami berkesan. Akhirnya, khabar gembira diterima oleh pasukan Dr Jeyakumar bahawa calon BN yang menang 8 penggal berturut-turut itu telahpun kalah.

Ini akan berlaku lagi di Lembah Pantai dan seluruh Malaysia jika ada kumpulan kecil yang sanggup mengorbankan masa mereka untuk mencipta kesedaran dikalangan rakyat untuk membenarkan Pakatan Rakyat menang dalam PRU 13. Kali ini adalah lebih mudah kerana UMNO dan BN sendiri sejak kebelakangan ini sering memecah tembelang skandal mereka. Pertelingkahan dalaman UMNO sedikit demi sedikit menyukarkan peluang UMNO untuk mengatasi Pakatan.

Wanita yang dicemuh?

Seperti yang kita sudah jangka, akan ada penipuan di kotak undi sama ada pekerja asing digunakan pengundi hantu atau tidak. Sebagai pengundi yang sah, kita harus rakam menggunakan telefon bimbit kita sekiranya kita rasa ada pekerja asing yang berada di stesen mengundi kita ataupun sekiranya terdapat apa-apa aktiviti yang kita curigai berlaku.

Upload pada Youtube atau Facebook supaya ada yang dapat membuat kompilasi mengenainya sekiranya wujud keadaan yang perlu dipertikaikan walaupun kerajaan yang memerintah akan pasti menolak dakwaan dan laporan seperti itu.

Walaubagaimanapun, kita tidak seharusnya patah semangat tetapi berjuang dengan lebih gigih untuk menujukkan demokrasi Malaysia kepada dunia. Tentang Shahrizat, kita mungkin tidak akan melihat wajahnya pada poster-poster di Lembah Pantai pada PRU 13 tetapi kita akan lihat wajah RNC.

Ini tidak mungkin akan menghentikan Shahrizat untuk memberi komen terhadap calon yang akan menggantikan beliau di kawasannya sejak 1995 pada PRU 13 kepada penduduk kawasan itu. Jika diteliti dari semua aspek, mengapa tidak?


Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.