Followers

Wednesday, March 28, 2012

Sambungan Kisah Skandal Najib Altantuya Dan Ziana Zain, Ada Lagi?

 
Di dalam sendu yang teramat.. Ku lihat abang
pun berlabuh... Dan malam pun melepas layang...
Kaku aku di sini bersama harapan terbakar...
Kah kah kah...

Okey, okey...

Kisah yang akan dipaparkan di bawah adalah lanjutan dari pendedahan semula skandal melibatkan perdana menteri Malaysia yang sangat dikasihi chai-chai dan lemboo-lemboo Umno-APCO, Najib Altantuya, pagi tadi.


Kali ini berkenaan dengan bagaimana perancangan dan modus operandi serbuan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau lebih tepatnya, Cawangan Khas (SB).


Umum mengetahui mana-mana Ketua SB akan mendapat akses terus kepada Perdana Menteri, pada masa itu Mahathir Mohamad dan timbalannya yang kini Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.


Tetapi maklumat yang diperolehi menunjukkan SB hanya terus melapor kepada Mahathir dan Anwar hanya memperolehi maklumat beberapa jam selepas penangkapan itu.


Ironinya, Isa Samad yang menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada waktu itu juga merupakan Pengerusi JAINS sendiri!


Mustahil Isa Samad tidak tahu, atau sebenarnya diarahkan secara terus oleh Mahathir, pun boleh masuk akal juga.


Kerana nampak ia seolah-olah satu perangkap biarpun almarhum bapa Najib Altantuya sendiri pernah mengakui bahawa anaknya ini seorang kaki perempuan sebelum berkahwin dan selepas berkahwin, hatta dengan Rosmah Mansor sekalipun!


Menurut laporan, serbuan diadakan bersempena dengan Pesta Port Dickson yang sangat masyhur satu ketika dulu yang sarat dengan acara dan persembahan nyanyian oelh artis terkenal tanah air.


Dalam masa yang sama, heboh tersebar bahawa sesetengah artis wanita sanggup menggadaikan marjah diri hanya untuk mengecap kemasyhuran dan kemewahan tanpa memikirkan akibat yang bakal ditempuhi.


Seolah-olah ada kaitan antara kedua-dua situasi yang saya sebutkan.


Pada malam serbuan, pengawal peribadi Najib Altantuya dikhabarkan tidak dapat memperolehi maklumat serbuan yang dijalankan bermula jam 1 pagi hingga jam 5 pagi di hotel dan rumah tumpangan sekitar bandar pelancongan itu.


Beberapa pegawai JAINS yang mengikuti serbuan itu, yang kemudiannya keluar menerusi TV3 beberapa hari selepas itu, kununnya menafikan tangkapan itu, seolah-olah terpaksa membaca skrip yang disediakan sedangkan mata dan telinga mereka belum cukup rabun dan buta untuk melihat keadaan Najib Altantuya dan Ziana Zain ketika itu.


Boleh dikatakan, keadaan pada ketika penangkapan itu sungguh mengaibkan.


Isa Samad yang menerima panggilan telefon mengatakan penangkapan sudah dibuat bergegas ke suatu tempat yang dirahsiakan.


Tujuannya, memperolehi bukti bergambar dan rakaman audio dan video semasa penangkapan dibuat.


Prosedur tersebut standard bagi mengelakkan dakwaan di mahkamah mampu dicabar pihak yang didakwa seperti yang terkandung dalam Enakmen Mahkamah Syariah negeri-negeri di Malaysia.


Memetik posting blogger Umno-APCO yang masih dalam buangan di London, Raja Petra Kamaruddin pada September 2010 yang menyebut:


"Dan hasilnya, Isa Samad mempunyai gambar-gambar Najib hanya bertuala dengan pasangannya di atas katil.

Dan Isa menyerahkan gambar-gambar tersebut kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dan itulah sebabnya mengapa Mahathir tidak faham mengapa Najib memilih Isa untuk bertanding di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, sedangkan Isalah orangnya yang mahu menjatuhkan Najib dengan menggunakan gambar tersebut!

Mantan PM Tun Mahathir begitu lantang menolak Isa Samad menjadi calon Bagan Pinang.

Beliau berulang kali menegaskan Isa tidak layak menjadi calon kerana pernah terlibat dengan politik wang.

Beliau tidak mahu apa yang terjadi di Permatang Pasir berlaku pula di Bagan Pinang. 

Tetapi Najib akhirnya memilih juga Isa Samad sebagai calon Bagan Pinang.

Beliau tidak menghiraukan saranan Tun Mahathir.

Mengapa Najib terpaksa memilih Isa Samad?

Itulah jasa terbesar Isa Samad kepada Najib. 

Sebab itu walaupun Najib tahu Isa Samad bukanlah calon terbaik namun beliau tidak ada pilihan.

Beliau takut Isa Samad akan mendedahkan skandal tersebut. 

Isa Samad lah yang mengarah agar Mahkamah Syariah Seremban supaya 'off record' skandal tersebut".

Seperti yang saya katakan, setiap rakyat Malaysia mengetahui tentang hubungan luar nikah Najib.

Tetapi berapa ramai yang tahu bahawa Rosmah juga mempunyai nafsu..terutamanya dengan mereka yang menyerupai aktor Bollywod?

Hey..dia juga akan mengaturkan supaya mereka ini diberi gelaran Datuk, sekiranya mereka sanggup melayan beliau dengan baik….anda tahu apa maksud saya.

Dan Penjual Karpet a.k.a Tukang Bawa Beg a.k.a Pemuas Nafsu ini jauh lebih segak dari Shah Rukh Khan. (Datuk Shah Rukh Khan?)…malah jauh lebih muda.

Ya. Saya telah menyimpan cerita ini lebih dari setahun yang lalu. Tetapi sekarang, saya merasakan ianya patut didedahkan. Ada banyak lagi!!

Nota: Penjual karpet yang dimaksudkan adalah Deepak Jaikihsan, yang dikaitkan dengan skandal pemberian wang jutaan ringgit kepad penyaisat persendirian, P Balasubramaniam supaya lari ke India sehingga ke hari ini bagi menutup skandal pembunuhan Altantuya Shaaribuu

Tetapi adakah benar, Isa benar-benar sudah membuang segala bahan bukti berupa gambar dan rakaman audio dan video, kerana jika tidak bagaimana dia yang sudah dibuang kerana skandal politik wang dalam Umno-APCO boleh menjadi Pengerusi FELDA??


Masih ingatkah anda bagaimana polis dengan kerjasama Lembaga Penapis Filem (LPF) yang diketuai oleh Mohamed Rahmat selaku menteri sibuk mengadakan ops cetak rompak?


Selain berselindung di sebalik ops tersebut, rupanya ia juga digunakan untuk mencari video rakaman yang telah tersebar antara Najib Altantuya dan Ziana Zain itu yang dibocorkan entah bila dan di mana.


Padahal seperti yang diketahui, hanya Isa sahaja individu terakhir yang menyimpan bukti tersebut, dan seperti yang kita tahu, dia juga yang mengarahkan pendakwaan dibatalkan dan berita tersebut dipadamkan.


Tanyalah orang tempatan Port Dickson, yang jika berumur 15 tahun pada ketika itu yang mengetahui cerita ini, barangkali sudah bergelar bapa hari ini.


Kerana berita tersebut amat cepat tersebar walaupun hanya menggunakan SMS sebagai medium penyebar maklumat.


Hotel tersebut yang menjadi saksi 'penyatuan dua insan dalam hubungan terlarang' masih kekal berdiri sehingga ke hari ini.


Dan pastinya, kebenaran yang kita semua tunggu pasti akan menjelma jua.


Bagaimana?


Tunggu pendedahan seterusnya, lah!

JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.