Followers

Monday, April 30, 2012

Polis Pukul Pelancong | BERSIH 3.0

Benar-benar Melampau, Pelancong Asing Pun Turut Dipukul Oleh Polis!

Membelasah orang awam sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi polis. Senario di dalam perhimpunan BERSIH 3.0 menyaksikan wartawan (dalam dan luarnegara), peguam, pelajar malah tak kira siapa menjadi "lauk" para polis untuk dihentam dan dibelasah secukupnya.

Namun apa yang amat dkesali ialah apabila pihak polis turut memukul pelancong asing. Klip video di bawah ini memaparkan seorang pelancong asing yang berjalan tiba-tiba dilepuk oleh seorang anggota polis.

Amat keterlaluan, dan sungguh kasihan si mat salleh itu yang tak bersalah apa-apa menjadi mangsa "kerakusan" polis yang berlagak angkuh untuk menunjukkan kuasa yang sejemput terhadap seorang pelancong.

Hal ini perlu diberikan perhatian serius kerana ia amat mencemarkan nama negara dan Ketua Polis Negara perlu mengarahkan siasatan terperinci terhadap kes ini dan tindakan disiplin perlu diambil terhadap anggota polis tersebut.

KPN tidak perlu lagi berdalih dengan mengatakan anggotanya mengikut SOP tatkala melepuk pelancong asing tersebut seperti hal beliau laporkan kepada Menteri KDN terhadap indakan polis merampas kamera dan kad memori wartawan yang membuat liputan perhimpunan adalah mengikut garis panduan operasi polis (SOP).

Dilaporkan sebelum ini,
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menyatakan kepadanya tindakan polis merampas kamera dan kad memori wartawan yang membuat liputan perhimpunan adalah mengikut garis panduan operasi polis (SOP).


Kita tidak tahu SOP mana yang digunakan oleh KPN yang mengizinkan anggotanya merampas kamera dan kad memori wartawan apatah lagi untuk melepok dan memukul orang awam sesuka hati. Malah kita meminta beliau menunjukkan secara lengkap dan terperinci kandungan SOP berkenaan.

Tindakan melampau anggota polis yang sedemikian hendaklah dikenakan tindakan yang wajar atau KPN perlu bertanggungjawab dengan meletakkan jawatannya sesegera mungkin.



Kelab Greenboc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.