Followers

Saturday, June 30, 2012

PANAS: Konsular Mongolia hina Malaysia...

 
Malaysia lembap kendali kes Altantuya – Pengarah Konsular Mongolia

(Oleh Aedi Asri)
 

KUALA LUMPUR 28 Jun: Pengarah Konsular Kementerian Luar Negara dan Perdagangan Mongolia, G Gankhuyag berkata, kerajaan Malaysia lembap dalam mengendalikan kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu.


Kenyataan itu dipetik dalam satu wawancara dengan laman web Mongolia, dan versi bahasa Inggeris itu didedahkan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne di sidang medianya di Parlimen semalam.

“Sejak pembunuhan Altantuya, pejabat konsular Kementerian Luar Negara dan Perdagangan, Kementerian Kehakiman dan Dalam Negeri, badan bukan kerajaan dan keluarga (Altantuya) mengikuti perbicaraan.

“Sejumlah dana diperuntukkan oleh kerajaan Mongolia, dan pegawai konsular kita di Thailand datang ke Malaysia kerana kes ini.

Scorpene. Punca kematian Altantuya?

“Malangnya, kita lihat pihak Malaysia sangat lembap (berhubung kes ini). Mereka tidak memaklumkan perjalanan kes ini (kepada kita),” katanya dipetik.

Wawancara asal G Gankhuyag boleh dicapai di sini.

Menurut wawancara itu lagi, sekumpulan wakil rasmi Mongolia akan hadir ke Malaysia untuk terus mengendalikan kes ini dan kerajaan Malaysia telah menyatakan kesediaan menerima mereka.
Beliau juga menyatakan kerajaan Mongolia menawarkan perjanjian kerjasama antara agensi penguatkuasa undang-undang Mongolia dan Malaysia.

Mengulas wawancara itu, Gwo Burne menggesa kerajaan Umno BN bertindak segera dan tidak lagi lembap untuk berkerjasama dengan wakil Mongolia agar hubungan kedua-dua negara bertambah baik.

“Kerajaan juga perlu jelaskan bentuk kerjasama yang akan diberikan sistem kehakiman dan polis kepada wakil dari Mongolia nanti.

“Kita harap kerjasama yang baik dan kesedaran tinggi rakyat berhubung kes ini akan dapat memberi keadilan kepada semua pihak,” kata Gwo Burne lagi.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 oleh dua pengawal peribadi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak – ketua inspektor Azilah Hadri, dan koperal Sirul Azhar Umar.

Mereka dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati kerana didapati bersalah pada April 2009.


KD/Shalehudin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.