Followers

Saturday, June 30, 2012

Sultan Brunei Mesyuarat Hukum Syariah - Oleh: aghni

 
 BANDAR SERI BEGAWAN 

 










 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan memanggil ahli-ahli Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) untuk menghadiri satu Mesyuarat Khas Majlis Ugama Islam Brunei mengenai dengan penggubalan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syari'ah yang diadakan di Baitul Mesyuarah, Istana Nurul Iman.

Turut berangkat ke mesyuarat berkenaan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Mesyuarat Khas Majlis Ugama Islam Brunei merupakan tindakan proaktif Baginda sebagai susulan kepada beberapa mesyuarat yang telah diadakan pada tahun lepas.

Sumber: mediapermata.com.bn"

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.