Followers

Saturday, August 30, 2014

Khalid Ibrahim keluar kenyataan Rabu ini

Photo: Khalid Ibrahim keluar kenyataan Rabu ini

Published: 30 August 2014

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (tengah) tiba di pelancaran Pesta Buku peringkat Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.  

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (tengah) tiba di pelancaran Pesta Buku peringkat Negeri Selangor di Shah Alam hari ini 

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukannya sebagai menteri besar Selangor pada Rabu.

"Saya tidak boleh komen dan saya hanya akan keluarkan kenyataan mengenainya Rabu ini," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buku peringkat Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukannya sebagai menteri besar, setelah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kelak memperoleh nama calon menteri besar Selangor yang baru daripada pakatan pembangkang.

Khalid diminta meletakkan jawatan setelah didakwa kehilangan undi daripada 30 anggota Dewan Undangan Negeri Selangor termasuk dua daripada PAS.

Berikutan itu pada Selasa lepas, beliau menyatakan hasrat kepada Sultan Selangor untuk melepas jawatan tersebut.

Bagaimanapun Sultan Sharafuddin menangguhkan untuk menerima peletakan jawatannya sehingga pelantikan menteri besar baru dibuat, dengan menitahkan PAS, DAP dan PKR masing-masing mempersembahkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar Selangor yang baru selewat-lewatnya 3 September ini. – Bernama, 30 Ogos, 2014.
- 
See more at: http://www.themalaysianinsider.com. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (tengah) tiba di pelancaran Pesta Buku peringkat Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (tengah) tiba di pelancaran Pesta Buku peringkat Negeri Selangor di Shah Alam hari ini

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukannya sebagai menteri besar Selangor pada Rabu.

"Saya tidak boleh komen dan saya hanya akan keluarkan kenyataan mengenainya Rabu ini," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buku peringkat Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukannya sebagai menteri besar, setelah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kelak memperoleh nama calon menteri besar Selangor yang baru daripada pakatan pembangkang.

Khalid diminta meletakkan jawatan setelah didakwa kehilangan undi daripada 30 anggota Dewan Undangan Negeri Selangor termasuk dua daripada PAS.

Berikutan itu pada Selasa lepas, beliau menyatakan hasrat kepada Sultan Selangor untuk melepas jawatan tersebut.

Bagaimanapun Sultan Sharafuddin menangguhkan untuk menerima peletakan jawatannya sehingga pelantikan menteri besar baru dibuat, dengan menitahkan PAS, DAP dan PKR masing-masing mempersembahkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar Selangor yang baru selewat-lewatnya 3 September ini. – Bernama, 30 Ogos, 2014.
-
See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.