Followers

Sunday, August 31, 2014

Najib gariskan empat nilai penting penjawat awam

Photo: Najib gariskan empat nilai penting penjawat awam

Published: 30 August 2014

Najib mengingatkan penjawat awam supaya mengekalkan integriti ketika menjalankan tanggunjawab da tugas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggariskan empat nilai iaitu kesetiaan, dedikasi, kompetensi dan integriti yang perlu dimiliki penjawat awam sebagai tulang belakang pembangunan negara.

Beliau berkata nilai-nilai itu perlu ada bagi melakukan transformasi segera sejajar dengan tuntutan untuk menzahirkan aspirasi kerajaan.

Berucap merasmikan pameran "MY Story: Transforming The Nation" di Galeri Petronas di ibu negara hari ini, Najib berkata empat nilai itu akan menjadi tonggak dan panduan kepada penjawat awam dalam menggalas amanah serta tanggungjawab melaksanakan gagasan dan hasrat kerajaan.

Perdana menteri menegaskan kesetiaan yang diperkatakan beliau itu ialah yang lahir daripada prinsip, bukan kesetiaan membuta tuli selain keperluan menyokong kerajaan semasa yang diberi mandat memerintah.

"Anda tidak perkecilkan kerajaan. Anda tidak menulis (secara negatif) dalam e-mel atau blog atau tweet. Anda perlu kekal teguh dan setia. Sekiranya tidak betul, yang mana tidak betul boleh tegur. Ada cara untuk kita buat teguran," kata Najib.

Mengenai soal dedikasi, Najib berkata beliau kagum dengan penjawat awam di zaman dahulu yang sentiasa mempunyai semangat dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab dan sanggup turun padang serta bekerja tanpa mengira masa atau hari bercuti.

"Siang malam tidak kira masa, Ahad pun turun padang, tidak merungut, tidak tunjuk muka masam. Itulah dedikasi sejati. Buat sesuatu yang luar daripada biasa dan bersedia bekerja lebih masa, tidak terikat kepada rutin 9 pagi ke 5 petang atau 8 pagi ke 4 petang," katanya.

Mengenai kompetensi, Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam kini perlu menjadi komunikator yang baik dan bersedia berdepan dengan pihak media bagi menerangkan dasar dan aspirasi kerajaan.

"Ia berbeza daripada dahulu kerana kalau dahulu, penjawat awam boleh duduk di pejabat dan bersorok di belakang meja. Era 2014 adalah lebih mencabar daripada era dulu," kata Najib.

Perdana menteri mengingatkan penjawat awam supaya terus mengekalkan integriti yang amat penting ketika menjalankan tanggungjawab dan tugas untuk memberi perkhidmatan terbaik.

Pameran "MY Story: Transforming the Nation" anjuran Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD Alumni) mengetengahkan perspektif sejarah peranan perkhidmatan awam berhubung kelahiran dan transformasi negara Malaysia.

Pameran itu yang diadakan di Galeri Petronas, KLCC, berlangsung sehingga 16 September ini pada setiap Selasa hingga Ahad dari 10 pagi hingga 8 malam. – Bernama, 30 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com. Najib mengingatkan penjawat awam supaya mengekalkan integriti ketika menjalankan tanggunjawab da tugas.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.