Followers

Saturday, January 31, 2015

PM, TPM cari formula terbaik selesai krisis MIC MALAYSIAKINI


  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mencari formula terbaik dalam usaha menyelesaikan kemelut MIC.
  
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menarik perhatian bahawa MIC telah menerima saranannya supaya pihak bertelagah menghormati moratorium untuk sementara.
  
"MIC merupakan rakan kita yang penting dalam Barisan Nasional. Kita memerlukan sebuah MIC yang kukuh dan boleh bantu kita dalam semua aspek," katanya kepada pemberita hari ini.
  
Najib yang juga Presiden UMNO berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
  
"Kita tengah tengok formula yang baik-baik," tegas Najib.
  
Perbezaan pendapat timbul dalam MIC berikutan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Disember lalu supaya parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota jawatankuasa pusat (CWC).
     
ROS mengarahkan pemilihan semula dilakukan susulan dakwaan wujud penyelewengan dan perbuatan salah laku yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan dalam pemilihan yang diadakan semasa perhimpunan agung parti itu di Melaka pada November 2013.-Bernama


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.