Followers

Sunday, May 31, 2015

Anwar masuk HKL Faiz Zainudin

 
anwar_hkl_600

Ahli keluarga meminta kebenaran untuk melantik doktor keluarga sepanjang beliau menerima rawatan

PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa ini.

Perkara itu dimaklumkan anaknya, yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada Sabtu.

“Pihak keluarga turut meminta supaya dibenarkan untuk melantik doktor pilihan keluarga untuk memeriksa dan mengesahkan keadaan beliau. terus terang saya katakan kita beri kerjasama penuh. pada masa yang sama kalau ia memberi impak negatif kita akan bertindak,” katanya.

Jelas Izzah, sebelum ini, Anwar berulang kali membuat pemohonan supaya beliau dibenarkan untuk mendapat rawatan namun permintaan beliau dipenuhi agak lewat oleh pihak kerajaan.

Katanya sepanjang menerima rawatan, dia meminta pihak penjara supaya membenarkan ahli keluarga bertemu bapanya.

“Keluarga mendesak supaya dapat bertemu Datuk Sri Anwar di hospital, kerana mengikut praktis terdahulu semasa pemenjaraan sebelum dibebas pada 2004, kalau terdapat halangan itu saya kira arahan baru daripada pihak atasan.

Sementara itu, Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan jaminan Anwar dibenarkan berada di hospital selama mana diperlukan sehingga pulih.

“Datuk Zahid Hamidi mestilah memberikan jaminan bahawa Datuk Seri Anwar dibenarkan berada di hospital selama mana diperlukan untuk penilaian kesihatan beliau dilakukan dan rawatan yang diperlukan sehingga keadaan beliau pulih.

“Kegagalan kerajaan memenuhi tuntutan ini merupakan sebuah pencabulan hak asasi Anwar untuk mendapatkan rawatan perubatan yang adil dan saksama,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.