Followers

Sunday, September 19, 2010

DULU DATO MOKHTAR HASHIM BOLEH TERLEPAS - KINI PEGUAM KAWAN UMNO YANG BUNUH DATO SOSILAWATI !




Kalau Datok Mokhtar HAshim Yang Bunuh Orang Boleh Terlepas, Apatah Lagi Peguam Kawan UMNO Yang Bunuh Sosilawati

Dilaporkan bahawa UMNO akan lindungi peguam India yang membunuh Sosilawati kerana peguam itu rapat dengan pemimpin UMNO. Ini analisis yang dibuat oleh Aduka taruna. Memang menarik dan gempar. Sebab Malaysia ni negara jakun. Orang yang bunuh orang pun boleh dilepaskan. Tengok macam kes pembunuhan bekas Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taha Talib yang telah dibunuh oleh Datuk Mokhtar Hashim. Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan ahli Parlimen Tampin, Negeri Sembilan bukan setakat tak dikenakan hukuman gantung sampai mati, bahkan telah diampunkan dan bebas pada hari ini. Jika ini UMNO boleh lakukan, apatah lagi dengan kes Sosilawati ini..

2. Tiba-tiba plak siasatan penganugerahan Datuk kepada pembunuh itu gagal menemui petunjuk. Mengikut kepercayaan gua, itu adalah arahan yang menyuruh PDRM siasat sejauh sekian, setakatsekian sahaja. Jangan lebih dari itu. Itu adalah kepercayaan gua. Jikalah benar kepercayaan gua, alangkah baiknya kita mengetahui Sultan Melayu mana yang menganugerahkan Datuk kepada si pembunuh itu. Ianya akan tercatat dalam sejarah tamadun Melayu.

3. 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu mula mengganas pada 2005. Berkubu di Selangor. Penjahat hanya berkuasa di kubu sendiri. Penjenayah yang mendapat perlindungan politik di kawasan A, pasti akan melakukan jenayah di kawasan A. Bodoh jika dia membunuh dan melupuskan mayat di kawasan B. Pemimpin UMNO Selangor menikus sebaik sahaja kes ini pecah? Mungkin gua terlepas pandang. Tiada kutukan dari Khir Toyo, Rahman Pahlil dan lainnya.

4. Cakap2 dari kedai kopi di kawasan perumahan polis Padang Tembak, yakni majoriti ahli kopi terdiri dari anggota polis sendiri, UMNO sedang cemas jika gambar pembunuh Sosilawati itu bersama pimpinan UMNO Selangor tersebar di internet. Itu cakap2 dari mereka. Gua sampaikan sahaja.

5. Disampaikan oleh pakar DNA bahawa sample dari mayat yang hangus secara total dan telah diurai oleh agen pengurai adalah sukar untuk didapatkan DNA nya itu. Di sini, kita boleh tahu, mengapa si pembunuh, 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu merancang keluarga mangsa hanya membuat laporan polis selepas 3 hari.

6. 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu berhak mendapatkan khidmat peguam ketika kesnya dibicarakan. Gua nak tengok peguam mana yang membela 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu. Walaupun kita perlu professional, atas tajuk taktikal politiknya, peguam yang mempunyai hubungan kepartian akan mendamagekan imej party.

Pendakwaan bagi pihak polis diuruskan di bawah 'kepakaran' Peguam Negara. Peguam Negara pula ialah Abdul Ghani Patail. Melayu. IQ standrad Melayu. Untuk berhadapan dengan barisan peguam yang mungkin dibayar mahal berdasarkan kemampuan pembunuh itu.

Jika 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu berjaya mendatangkan keraguan yang munasabah terhadap keputusan DNA, wujud peluang lepas diri di situ. Kes yang dibicarakan ialah pembunuhan Sosilawati. Tapi DNA ragu2 sama ada Sosilawati atau tidak. Maka, wujud peluang lepas di situ.

Jika 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu berjaya meletakkan kesalahan ke atas para pembunuh upahan, maka, hukuman 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu akan ringan. Contoh :

"Saya hanya meminta mereka menakutkan mangsa. Tetapi mereka melakukan lebih dari itu. Jika saya tahu kesemua pekerja saya yang diarahkan menakutkan mangsa itu mempunyai kes jenayah sebelum ini, pasti saya tidak akan meminta mereka menakut-nakutkan mereka. Sepanjang pengetahuan saya, mereka adalah pekerja yang baik dan disiplin. Saya mempunyai rekod kedatangan mereka sebagai bukti mereka pekerja yang baik sepanjang dalam pengetahuan saya."

Jika terbukti 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu mempunyai hubungan politik rasmi dengan UMNO Selangor, maka akan wujud tawar-menawar. 'Datuk' di zaman Barisan Nasional itu pasti mempergunakan beberapa kepentingan politik UMNO Selangor bagi menyelamatkan dirinya. Maka dalam perjalanan perbicaraan kes, berlakulah satu situasi yang bernama pindaan pertuduhan.

(Wajah selamba dan yakin 'Datuk' di zaman Barisan Nasional.)

7. Terdapat satu persamaan antara kes Sosilawati dengan Altantuya.

Mastermind mempunyai hubungan rasmi dengan politik kerajaan dan kenamaan negara. Di zaman Barisan Nasional.

Mastermind adalah kaya. Mempunyai harta bertimbun. Altantuya dikatakan dibunuh kerana duit kapal selam. Akaun mastermind tidak dibekukan. Sosilawati dikatakan dibunuh kerana duit tanah. Akaun mastermind juga tidak dibekukan (setakat ini).

Wajah 'mastermind' disiar secara bebas. Difokuskan media kerajaan, menyebabkan media akternatif turut sama memfokuskan wajah dan identity 'mastermind'.

Wajah si pelaksana arahan tidak disiar. Atau mungkin disembunyikan. Kita boleh lihat Azilah dan Sirul yang 'unknown' identity.

Akhirnya 'mastermind' lepas. Si pelaksana arahan jadi kambing. Mastermind terus berhijrah ke luar negara.

Identity kambing hitam yang unknown dihukum, identity mastermind pula bebas dan berhijrah ke luar negara dengan taktikal akaun yang tidak dibekukan.-aduka taruna

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.